Wednesday 21 September 2011


Nilam

  • Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.
  • Merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.
  • Melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.
  • Merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.
  • Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di Sekolah Rendah, Tingkatan Satu dan Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.
  • Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998

Matlamat

Satu strategi untuk menanam minat membaca secara terancang dan tersusun dikalangan rakyat Malaysia, khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
  • Menjadikan murid banyak membaca (semua bidang, bahan  berkualiti, pelbagai genre & bukan bahan pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja)
  • Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.

Pelaksanaan
  • Rekod Bacaan (buku rekod murid)
  • Borang Rekod (penilaian guru)
  • Pengiktirafan (ganjaran ikut tahap)

Tahap Pelaksanaan

Pelaksanaan Program NILAM dibahagikan  kepada dua tahap:

1. Tahap Jauhari
Membaca banyak buku & direkodkan (bil / tajuk / penulis / ringkasan)

Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri dengan banyak membaca sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam Tahun Satu).

BILANGAN BUKU
PENGIKTIRAFAN
90 - 179
Gangsa
180 - 269
Perak
270 - 359
Emas
360 ke atas
Nilam

Sekolah Menengah
Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja mereka melangkah ke Tingkatan Satu  
BILANGAN BUKU
PENGIKTIRAFAN
72 - 143
Gangsa
144 - 215
Perak
216 - 287
Emas
287 ke atas
Nilam

2. Rakan Pembaca
Sudah membaca 100 buku & jalankan aktiviti pembacaan

Ciri-ciri Rakan Pembaca
  • sudah membaca lebih dari 100  buah buku dalam Tahap Jauhari.
  • menggalakkan orang lain membaca dengan menjalankan pelbagai aktiviti galakan membaca.

MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100-199
Gangsa
200-299
Perak
300-399
Emas
400 ke atas
Nilam

Aktiviti Rakan Pembaca
  • Bercerita tentang cerita dari buku yang telah dibaca (rekod) kepada penonton dalam pertandingan (formal), pelbagai bahasa dalam 5-7 minit.
  • Bercerita secara tidak formal seperti kerja amal utk lencana pengakap di rumah kebajikan.
  • Berucap  secara  tidak  formal di dalam kelas (public speaking) semasa proses pengajaran.
Kiraan Pemarkahan

Tahap Rakan Pembaca
Aktiviti
Kiraan
Jumlah Markah
Aktiviti bercerita 
1 sesi x 5 pendengar
5 markah
1 sesi x 100 pendengar
5 markah



Membaca bersama
1 sesi x 5 pembaca
5 markah
1 sesi x 10 pembaca
5 markah



Bicara / Forum / Ulasan buku
1 sesi x 5 pendengar
5 markah
1 sesi x 100 pendengar
5 markah



Meminjamkan buku (book swap)
1 buku x 2 peminjam
2 markah
1 buku x 5 peminjam
5 markah




RUJUKAN DARIPADA PKG PALOH, 2011